NADI X MAHIR – KELAS MAHIR MASAK MINGGU – 2 (SESI 3)

23 Julai 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 23 Julai 2026 (Khamis), NADI Bengoh telah menganjurkan Kelas Mahir Masak Intake 4 (Minggu 2) yang berlangsung dari jam 9.30 pagi hingga 11.00 pagi dengan penyertaan seorang peserta daripada komuniti setempat. Sesi kali ini memberi penekanan kepada topik SOP & Format Tugasan sebagai persediaan awal bagi memastikan peserta memahami prosedur kerja serta keperluan tugasan yang perlu dipatuhi sepanjang mengikuti program.

Sepanjang sesi pembelajaran, peserta diberikan penerangan mengenai kepentingan mematuhi Standard Operating Procedure (SOP), termasuk amalan kebersihan diri, pemakaian apron, penutup kepala dan penutup muka, penggunaan kasut yang sesuai, serta larangan memakai aksesori ketika mengendalikan penyediaan makanan. Peserta juga diperkenalkan kepada pelbagai mesin dan peralatan asas yang digunakan dalam Program Mahir Masak seperti oven, hand mixer, kettle, induction cooker, induction pan, baking pan, alat sukatan, sarung tangan, mixing bowl dan penimbang digital.

Penganjuran program ini bertujuan melahirkan peserta yang bukan sahaja berkemahiran dalam penyediaan makanan, malah memahami dan mengamalkan budaya kerja yang selamat, bersih serta profesional. Diharapkan pendedahan yang diterima dapat menjadi asas yang kukuh kepada peserta untuk mengikuti modul-modul seterusnya, sekali gus meningkatkan keyakinan dan kemahiran mereka dalam bidang masakan serta penyediaan makanan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali